( Surah An-Nas Dan Al-Falaq)
Ibnu Abbas dan Aisyah r.a meriwayatkan bahawa ada seorang hamba yahudi yang berkhidmat untuk Rasulullah SAW . Satu hari orang yahudi telah mempengaruhi dan menipunya .
Melalui tindak tanduk yang keji itu mereka berjaya mendapatkan sehelai rambut Rasulullah SAW dan juga beberapa pecahan yang terlekat pada sikat tersebut .
Rambut dan sikat tersebut disihir oleh orang Yahudi atas bantuan seorang munafik bernama Labid Ibnu Al-A'sam . Barang yang disihir itu diletak di bawah seketul batu di dasar perigi Zarwan milik kabilah Bani Zuraiq .
Sejak itu Rasulullah SAW jatuh sakit selama enam bulan . Baginda berasa seakan-akan sudah bertemu dengan kesemua isterinya padahal baginda tidak pernah bertemu dengan mereka . Baginda juga berasa berat di kepala dan sering tidak sedar .Dalam keadaan demikian datanglah dua malaikat yang duduk di kepala dan kaki Rasulullah SAW . Maka bertanya malaikat yang duduk dekat kakinya kepada malaikat yang duduk di kepalanya .
'Apa yang telah menimpanya ?'
'Dia telah terkena sihir '
'Siapakah yang telah menyihirnya ?'
'Labid bin Al- A'sam dan orang Yahudi '
'Dengan apa yang dia menyihirnya?'
'Dengan menggunakan rambut pada sikitnya '
' Di mana mereka meletakkannya?'
'Di bawah seketul batu di dasar perigi Zarwan'
Selepas itu Rasulullah SAW sedar dan berkata kepada Aisyah r.a:
'Wahai Aisyah , Allah telah memberitahuku tentang penyakitku ini ' . Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan Ali bin Abi Thalib , Zubair bin Awam dan Ammar bin Yasir r.a untuk pergi ke perigi itu . Setelah masuk ke dalam perigi , mereka menemui rambut Rasulullah SAW , pecahan sikat rambutnya dan tali-tali yang disimpulkan kepada 12 simpul . Setiap simpulan telah ditusukkan dengan sebatang jarum
Ekoran kejadian itu Allah telah menurunkan surah an-Nas dan al-Fruqyah alaq sebagai dua ayat pelindung . Maka setiap kali Rasulullah SAW selesai membaca satu ayat , terasa ada simpul yang terbuka sehinggalah sampai kepada ayat terakhir . Selepas itu , Rasulullah SAW berasa sangat lega dan ringan seakan-akan baginda baru saja terlepas dari ikatan belenggu .
Ketika itu datanglah malaikat Jibrail (bertawakal kepada kekuatan Allah SWT ) seperti berikut :
'Aku meruqyah kamu dengan nama Allah , dari segala sesuatu yang menyakitimu dari kedengkian (manusia ) dan (kejahatan) mata , semoga Allah menyembuhkanmu'
-sumber dari buku Ana Muslim-
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hanya sekadar ingin berkongsi sebuah cerita supaya lebih mengetahui :)
Yup , sejujurnya tira baru tau surah Al-Nas dan Al-Falaq adalah ayat pelindung *sigh*
Betul tu ... Kita selalu membaca surah ini namun adakah kita mengetahui maksudnya ? Baguslah kalau sememangnya sudah mengetahui maksudnya :)
Marilah kita mengamalkan surah An-Nas dan surah Al-Falaq supaya insyallah dapat menghindari dari kecelakaan yang tidak diingini ...Hanya sekadar perkongsian maklumat ... Assalamualaikum