Click This

Monday, 29 July 2013

Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum ,
tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan bulan ramadhan yang mulia ini . Hargailah 10 hari terakhir ini dan semoga kita dapat beribadat dalam keadaan yang sihat walafiat.Sekarang tira ingin berkongsi suatu cerita yang telah dikongsi oleh mama kepada tira .Haritu mama ada menghadiri satu majlis agama yang menceritakan mengenai malam lailatul qadar . Ya, malam yang kita sangat impikan itu .Namun adakah usaha kita mencukupi untuk menerima kehadiran malam lailatulqadar ? Terasa diri begitu kerdil di sisinya . Yalah , walaupun syaitan sudah di ikat namun nafsu makan dan perasaan malas masih menghantui diri . Mungkin ini memang sifatku.Sudah merepek,okay kembali pada tajuk malam lailatulqadar.





Ustaz tu ada memberitahu bahawasanya Allah sudah menetapkan malam lailatulqadar kepada hambanya bermula daripada 1 Ramadhan .Allah melihat kepada usaha dan kerajinan hambanya mengerjakan ibadah dengan perasaan yang tawaduk . Ya allah , selama ini sangkaanku meleset . Yalah , hanya fikir 10 hari terakhir sahajalah yang kena beribadat bersungguh-sungguh . Tukar mindset tukar tukar !
Okay,lepas Allah dan tengok segala usaha hambanya makan dia akan perintahkan kepada malaikat supaya menunjukkan malam lailatulqadar kepada hambanya itu .Dan jika hambanya itu masih meneruskan ibadah sehinggalah malam lailatulqadar maka begitu besar nikmatnya dapat melihat kebesaran Allah . Semua maklum mengenai tanda-tanda malam lailatulqadar bukan ? Sebagai contohnya melihat pokok tiba-tiba bersujud . Ya , itu salah satu tanda malam lailatuqadar .



Namun , ustaz itu berkata sekiranya pada malam lailatulqadar itu secara tiba-tiba dia tidak menunaikan ibadat seperti hari-hari sebelumnya seperti menemani keluarga membeli belah ,membuat kuih ataupun bermain mercun . Maka dia tidak akan dapat menikmati malam lailatulqadar . Part ni agak menarik sebab seperti yang ustaz tu kata nanti malaikat akan tanyakan kepada Allah ..'apa yang harus dibuat olehku tanpa membenarkan dia melihat kebesaranmu ' kata malaikat .Allah membalas dengan memberitahu angkatlah amalan nya . Lalu diangkatlah amalan hambanya itu dan segala amalannya akan diberikan kepada bayi-bayi yang lahir pada malam lailatulqadar tidak mengira agama .


Cute :)


Ustaz tu pon ada beritahu ada satu kajian mengenai mualaf . Nak tau? Okay , berdasarkan kajian didapati majoriti mualaf lahir pada 25/27 malam ramadhan  selepas tarikh lahir mereka di tracekan .Subhanallah .



#Malamlailatulqadar #kajianmualaf #ramadhan

No comments: